Followers

Dua Gadis Dikaitkan Apex Terus Popular

Dua Gadis Dikaitkan Apex Terus Popular 
KUALA LUMPUR – Setelah Apex reda dari dilanda oleh kontroversi hangat, dua orang gadis yang pernah dikaitkan dengan penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Elia ‘jejari runcing’ dan Leuniey, kini dikatakan terkena ‘tempias aura’ darinya untuk mendapat perhatian media.
Sebelum ini, bekas tunang Apex, Elia ‘jejari runcing’ atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi telah terpilih untuk menghiasi kulit majalah berkonsepkan Islam, Nur, pada edisi bulan November tahun lalu.
Terbaru, Leuniey yang pernah menafikan Apex sebagai punca dia putus tunang turut terpilih untuk menjadi gadis penghias kulit majalah Wanita untuk keluaran bulan April tahun ini.
Laman blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com menyatakan bahawa pihaknya telah menerima satu kiriman emel dari seorang peminat yang mencetus isu tersebut dan mancadangkan kepada gadis-gadis untuk cuba memikat Apex sekiranya berhajat untuk menjadi cepat popular.
“Ingat tak lagi dengan Leuniey yg pernah dikaitkan pasal kisahnya putus tunang dengan Apek. Sekarang ni dia telah menjadi cover majalah Wanita walhal orang tidak kenal pun dengan dia sebelum ini.Artis lain mungkin belum tentu untuk menjadi cover majalah ini.
“Sebelum ini, bekas tunang Apek juga turut menjadi cover majalah Dara. Saya cadangkan sesiapa yg ingin menjadi popular , silalah tekel Apek,” kata emel tersebut yang disiarkan di blog milik Abang Nara.
Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat sehingga kini enggan melayan sebarang pertanyaan wartawan mengenai soal peribadinya ekoran kontroversi yang agak panas dan dikatakan mengaibkan selebriti bola sepak negara paling hangat itu.
Beliau yang pernah mengaku ‘allergik’ mendengar nama ‘nara’, kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier bola sepaknya selain perniagaan agensi pelancongan yang baru diceburi baru-baru ini.
Terbaru mengenainya, Apex memberitahu di laman sosial Twitter bahawa dia telah dibelanja makan tengahari oleh Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Mohammad Jiwa, serta terpilih untuk menjadi duta produk jenama sukan, Puma.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

1 comment:

AQ Eyfa said...

Sabo je lah Apex..hahaha