Followers

Isu Anak Luar Nikah, Norish Enggan Komen Lanjut



Beberapa bulan dahulu timbul desas-desus yang mendakwa, pelakon teater Terima Kasih Cinta, Norish Karman telah melarikan diri ke Bali, Indonesia kerana melahirkan anak luar nikah. Tetapi, tidak ada sebarang bukti yang dapat mengesahkan perkara itu. Malah, Norish juga tidak pernah tampil mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar.


Program hiburan sensasi, Melodi hari ini akhirnya berjaya mendapatkan komen Norish tentang desas-desus itu. Jelas Norish, dia tidak perlu menjelaskan kedudukan sebenar kerana pendapat orang lain tidak penting kepadanya. “

“Saya tidak perlu terangkan apa-apa. Sama ada saya berkahwin, bercerai atau ada anak atau tidak, saya tidak perlu jelaskan. Kenapa cakap saya pergi Bali, kenapa tidak pergi Hawai atau tempat yang lebih jauh? Bagi saya apa yang orang kata tentang saya, ia tidak memberi sebarang makna kepada saya,” ujar Norish kepada wartawan Melodi, Mitchelle Wee.

Mengulas tentang hak penjagaan anak yang akhirnya berpihak kepadanya, Norish ternyata berasa lega kerana semuanya telah berakhir setelah empat tahun turun-naik mahkamah.

“Pengalaman ini memang tidak sepatutnya dilalui oleh anak-anak. Keputusan berpihak kepada saya kerana anak-anak yang mahukan. Peguam dan hakim telah memanggil anak-anak saya dan tanya mereka sendiri . Anak-anak berpihak kepada saya. Saya tak haling kalau pihak di sana (bekas suami) hendak berjumpa anak-anak. Saya tidak mendapat apa-apa dengan perceraian ini. Malah, kadangkala nafkah yang diberikan juga tidak mencukupi. Saya lega dan gembira apabila semuanya telah selesai,” ulas Norish lagi.

Norish Karman, 35, dan Hashimuddin, 62, berkahwin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan dikurniakan tiga cahayamata, Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, 8, dan Putri Hany Amanda, 7.

-mysensasi

No comments: