Followers

Zed Zaidi Terima Ancaman Bunuh?

Zed Zaidi Terima Ancaman Bunuh? 
PETALING JAYA – Niat murni pelakon lelaki dan juga Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi ternyata disalah anggap oleh sesetengah pihak apabila dia menerima kecaman dan ugutan bunuh dari pelbagai pihak.
Zed Zaidi yang menerima pelbagai ancaman dan ugutan bunuh setelah dia mengusulkan tiga cadangan kepada pihak kerajaan dan salah satunya mengenai kebenaran untuk menggelapkan cermin kereta demi keselamatan setiap keluarga.
Menurut kenyataan Zed Zaidi dalam laporan akhbar Harian Metro, dia menerima pelbagai ugutan seperti ingin merompak dan membunuhnya menerusi emel, panggilan telefon serta melalui laman sosial peribadinya, Twitter dan Facebook.
“Apa salah dan dosa saya hanya disebabkan mengusulkan permintaan cerming gelap kepada
menteri, saya menerima banyak ugutan.
“Saya bimbangkan keselamatan diri dan isteri yang sedang mengandung lima bulan,” kata Zed Zaidi.
Zed Zaidi telah memberikan usulannya itu pada 4 Mac lalu di Festival Youth Music Barisan Nasional (BN) 2011menerusi Seniman kepada Perdana Menteri, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin.
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments: