Followers

Liyana Jasmay bakal bertunang bulan depan



Bijak juga penyanyi dan pelakon tempatan terkenal, Liyana Jasmay menyembunyikan kisah percintaannya.


Selepas pernah digosipkan dengan penyanyi Aizat Amdan serta pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof, Liyana atau mesra dengan panggilan Nana akhirnya menamatkan spekulasi pelbagai pihak apabila mengaku bakal mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan pada Mac ini.

Dipetik daripada Berita Harian, aktres filem "Papadom" memberitahu sudah menerima cincin merisik selepas bakal tunangnya yang berusia 28 tahun itu menghantar rombongan keluarga minggu lalu.

"Jika tiada aral melintang, kami akan bertunang pada bulan hadapan. Namun tarikhnya terpaksa dirahsiakan. InsyaAllah tahun depan kami akan berkahwin," ujar Liyana.

Mengulas lebih lanjut tentang ciri-ciri jejaka yang berjaya menawan hatinya, aktres berusia 23 tahun ini tidak menyangka bahawa jodohnya tinggal berdekatan dengannya.

"Dia adalah jiran saya. Kami sudah lama kenal tetapi tidak begitu rapat. Dia seorang yang baik dan memahami saya.

"Apa yang membuatkan saya suka kepadanya adalah kerana cara didikan kami sama seperti saya dididik oleh kedua ibu bapa saya.

"Walaupun dia bukanlah orang seni, dia tetap menyokong kerjaya saya dan begitu juga sebaliknya," jelas Liyana lagi.


-mysensasi

2 comments:

AQ Eyfa said...

bagus la mude2 dah tunang...hehehe..melepas ar pchenta kan..ahaks (lawak je)

Pangeran Chenta said...

hahax..em...melepas sudah