Followers

Remember You – Single Terbaru Datuk Siti + video

Remember You – Single Terbaru Datuk Siti
KUALA LUMPUR – Selepas kejayaan melahirkan album Inggerisnya yang pertama, All Your Love, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin sekali lagi melakukan album Inggeris yang kedua berjudul Remember You.
Lebih menarik lagi, single kedua Siti itu akan menampilkan hasil duet dirinya bersama dengan penyanyi terkenal Amerika, Sean Kingston.
Dalam lagu Remember You, Siti mengakui lagu itu dicipta kerana menghargai dan menceritakan tentang seseorang yang terlalu istimewa yang sentiasa menyokong dirinya dalam memajukan diri dalam industri seni suara.
Bahkan, lagu itu juga banyak memberikan ingatan dan kenangan tentang perjalanan dirinya untuk bergelar seorang artis yang terkenal dan berjaya sekarang.
“Lagu ini adalah sebuah lagu yang sangat bermakna untuk saya. Ia bukan sahaja kerjasama pertama saya dengan seorang artis dari Amerika Syarikat tetapi ia juga merupakan salah satu trek terbaik yang saya telah direkodkan dalam album ini.
“Ia juga adalah perjalanan saya yang sentiasa menerima sokongan kuat dan berterusan dari peminat, keluarga dan rakan-rakan artis dan media. Saya menerima sokongon itu sejak berusia 17 tahun lagi. Ia membuatkan saya sentiasa rendah diri, bersyukur dan disayangi,” kata Siti seperti dalam The Star.
Lagu Remember You itu hasil ciptaan oleh Bryan Bouro dan Alexander Kristian dicipta khas untuk para peminat Siti bagi menghargai sokongan dan dorongan yang tidak henti buat dirinya.
Bagi mempromosikan lagu terbarunya itu, Siti akan menemui peminat-peminatnya di Rock Corner, The Curve pada 10 Mac ini dan di Muzik Karnival 2012 di One Utama Shopping Centre pada 16 Mac pula.
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments: